HARTANAH PERTIWI (dahulu dikenali RAZIN IMAN RESOURCES) adalah sebuah syarikat perunding hartanah yang ditubuhkan pada 2017 untuk menguruskan jual beli rumah mampu milik di seluruh Malaysia.
Berkat kesungguhan semua pihak di bawah HARTANAH PERTIWI dan sokongan berterusan daripada klien kami, kami telah berjaya memenangi beberapa anugerah dan mencipta rekod jualan yang terbaik.
Antara pencapaian yang boleh dibanggakan adalah penjualan 76 unit rumah dengan nilai RM17,495,000 dalam masa 2 tahun setengah bermula 2017 sehingga 2019.
Seluruh Perunding Hartanah di bawah HARTANAH PERTIWI telah menyumbang rekod jualan sebanyak 47 unit rumah dengan nilai RM 9,485,660 pada tahun 2018. Tahun berikutnya iaitu 2019 menunjukkan peningkatan sebanyak 15%, dengan penjualan 54 buah rumah bersamaan RM12,495,920. Dengan momentum sebegini kami meletakkan target pada untuk menjual sebanyak 250 buah unit rumah pada tahun 2020 – 2021.
Sehingga kini, HARTANAH PERTIWI telah mempunyai 150 orang perunding hartanah yang aktif dalam membantu masyarakat untuk memiliki rumah idaman mereka serta melahirkan usahawan hartanah yang berwibawa.
Kami juga akan terus membangunkan sektor hartanah melalui usaha sama (joint venture) dengan pemaju dan kontraktor agar industri hartanah di Malaysia terus maju dan kekal kompetitif di arena global.
Mendidik Masyarakat Malaysia Cara Pengurusan Hartanah Yang Betul
Membantu Meningkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera
Membantu pemaju menguruskan penjualan projek perumahan dengan pantas.
Kami menguruskan urusan Sales Purchase Agreement dan HOD.
Kami menjalankan kerja pentadbiran dan pengurusan dokumentasi bagi klien yang memerlukan khidmat pendokumentasian dokumen pinjaman.
Kami menguruskan hartanah jual, beli dan sewa di seluruh semenanjung Malaysia.
Kami menguruskan urusan pinjaman permohonan sama ada dari bank atau LPPSA untuk klien terutamanya penjawat awam.
Kami bekerjasama dengan pemaju untuk menguruskan penjualan projek perumahan secara profesional.
Kami menyediakan kemudahan pembangunan latihan untuk agen/konsultan yang bernaung di bawah agensi.
Compare listings
ComparePlease enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.