Nak tahu proses beli rumah baru dari pemaju dan bagaimana anda boleh jimat 10% deposit? Ikuti perkongsian ini.
Terdapat banyak projek perumahan yang ditawarkan oleh wakil jualan pemaju. Sekiranya anda perhatikan, mereka selalunya membuka kaunter pendaftaran di shoping mall kerana kehadiran ramai pengunjung di situ.
Tidak kurang juga ada yang membuat jualan secara online di media sosial seperti di Facebook, Instagram dan TikTok.
Sebagai seorang pembeli rumah yang bijak, anda perlu mengawal emosi dan tidak bertindak terburu. Ketahui proses dan langkah-langkah pembelian rumah baru supaya dapat mengelakkan diri anda dari mengalami sebarang kerugian.
Anda bersedia? Jom baca.
Langkah Pertama : Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan
Sekiranya anda ditawarkan unit rumah baru oleh mana-mana wakil jualan pemaju, anda diingatkan untuk tidak terburu buru membayar wang tempahan (booking fee).
Hali ini kerana jika didapati harga rumah yang ingin dibeli melebihi kelayakan anda, anda perlu menyediakan wang tambahan daripada jumlah kelulusan yang diluluskan oleh pembiaya (Bank/LPPSA).
Penting untuk anda menyemak had kelayakan pinjaman perumahan dahulu, supaya anda tidak menempah unit rumah yang melebihi had kelayakkan. Haruslah diingat bahawa had kelayakan mestilah berdasarkan komitmen sedia ada sekarang.
Di samping itu, perlu diingat juga, “Layak tidak semestinya mampu”. Anda boleh mendapatkan rundingan terbaik dari Cik Puan Hartanah yang berpengalaman dalam memeriksa had kelayakkan sejak berkecimpung dalam bidang Hartanah 10 tahun lalu. Untuk pengetahuan anda, Cik Puan Hartanah telah membantu hampir 350 orang pembeli rumah dari Pemaju.
Tips Pinjaman Perumahan Untuk Anda
Sekiranya anda ingin membeli rumah melebihi kemampuan kelayakan, anda boleh merancang untuk membuat pinjaman rumah bersama ahli keluarga (joint loan) bagi meningkatkan peluang melepasi pinjaman perumahan yang diinginkan.
Langkah Kedua : Memilih Rumah Idaman
Dalam proses beli rumah baru dari pemaju, anda perlu mengetahui latar belakang pemaju dan agensi hartanah yang menguruskan urusan jual beli rumah anda.
Pilihlah perunding hartanah yang dipercayai dan mempunyai rekod pengurusan dan semestinya memiliki hubungan yang baik dengan pembelinya.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk membuat lawatan ke Galery Jualan atau tapak pembinaan sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah baru tersebut.
Hal ini penting kerana anda dapat menilai sendiri reka bentuk rumah yang ingin dibeli, persekitaran kawasan kejiranan dan juga kemudahan berdekatan rumah anda.
Sekiranya anda seorang yang berkeluarga, anda pasti ingin mencari rumah yang berdekatan dengan sekolah dan juga hospital bagi memudahkan urusan keluarga anda.
Langkah Ketiga : Menyediakan “Booking Fee” (Sekiranya Perlu) & Dokumen Berkaitan
Sekiranya anda berpuas hati dengan kondisi rumah baru yang ingin dibeli, anda perlu menyediakan yuran booking (jika perlu) bergantung kepada projek yang dipilih dan juga skim yang ditawarkan oleh Pemaju projek terbabit.
Selaku pembeli, anda haruslah memberikan dokumen lengkap bagi memohon pembiayaan. Antara dokumen yang perlu disediakan ialah:
- Salinan kad pengenalan.
- Penyata Bank 6 bulan
- Penyata KWSP
- Borang EA (jika ada)
- Resit Pembayaran Deposit Dari Pemaju
- Jika anda seorang peniaga/usahawan atau bekerja sendiri, anda perlu menyediakan penyata kewangan terkini, penyata bank (6 bulan terkini), Borang J (2 tahun terkini), dokumen pendaftaran perniagaan dan dokumen sokongan lain untuk menyokong pendapatan anda.
Langkah Ke-Empat: Jimat 10% Deposit Dengan “Rebate” Dari Pemaju Perumahan
Kebanyakan pemaju hari ini ada memberikan “rebate” kepada pembeli rumah baru untuk memudahkan pembeli yang tidak mampu membayar deposit perumahan..
Projek-projek sebegini sangat membantu anda, di mana anda tidak perlu mengeluarkan duit deposit 10%, malahan duit pengeluaran KWSP tersebut dapat dimanfaatkan untuk mengubahsuai rumah, atau pergi mengerjakan umrah dan melancong.
Jika pemaju menyediakan rebate, anda tidak perlu risau lagi tentang 10% deposit dan anda tidak langsung perlu membayar walaupun seringgit.
Agensi Cik Puan Hartanah sendiri selalu menguruskan projek perumahan baru yang memberikan rebate kepada klien-klien kami. Sekiranya anda berminat dengan rebate 10 % dari pemaju, untuk rumah teres setingkat anda boleh melihat projek Perumahan Lagenda Teluk Intan dan Projek Bandar Baru Setiawan sementara untuk rumah berkembar, anda boleh melihat Projek Bandar Baru Setiawan Berkembar.
Namun, bagi sesetengah projek yang Pemajunya tidak menyediakan skim seperti diatas, anda tetap perlu menyediakan sejumlah wang sekitar 2-3% dari harga rumah untuk membayar:
- SPA ( Sales and Purcahase Agreement)
- Duti Stem
- Yuran Peguam
- Insuran perumahan
Bagaimana Anda boleh dapat Tunai dari Pembelian Rumah
Sekiranya anda layak untuk mendapat 100% pinjaman perumahan, pihak pemaju akan memulangkan rebate kepada anda, kebiasaannya setelah projek perumahan anda mencapai 60% atau semasa serahan kunci, terpulang kepada perjanjian awal dengan pemaju. Jika anda kurang jelas, bolehlah berhubung dengan ejen hartanah anda untuk penerangan lengkap, atau anda boleh bertanya kepada kami di sini.
Contohnya, jika harga sebenar rumah anda berharga RM 240,000 dan rumah yang ditawarkan pihak pemaju hanyalah RM 190,000. Baki RM 50,000 adalah rebate yang akan dibayar secara tunai kepada pembeli yang layak pinjaman penuh (100% Pinjaman).
Langkat Ke-Lima : Mendapat Kunci Rumah Pertama
Anda bakal mendapat kunci rumah pertama setelah projek perumahan anda siap. Kebiasaanya, setelah siap harga rumah yang dibina, nilai harga rumah anda telah pon naik sekitar 10% hingga 30%. Anda boleh memilih untuk duduk atau menyewakan rumah tersebut untuk tujuan pelaburan. Pilihan di tangan anda.
Anda mahu beli rumah dengan rebate? Hubungi Cik Puan Hartanah.