khas buat anda yang nak jual & sewakan rumah

Percuma

Cik Puan Hartanah menyediakan medium percuma untuk pemilik rumah menyenaraikan rumah mereka di website ini.

Play Video
Senaraikan hartanah saya

Promosi ini khas untuk anda yang mengalami 3 masalah yang dinyatakan ini.

Mencari Penyewa &
Pembeli Rumah

Anda memiliki rumah dan ingin segera mencari penyewa & pembeli rumah.

Tidak Mahu Mengeluarkan Kos Pengiklanan

Kebanyakan medium online memerlukan kos untuk anda mengiklankan rumah anda.

Mencari Ejen Untuk Memudahkan Kerja Anda

Anda mencari ejen hartanah yang amanah dan professional dengan rekod yang baik.

Senaraikan hartanah saya

Sekiranya anda mengalami masalah di atas, kami tawarkan solusi untuk anda. 3 Kelebihan jika anda senaraikan rumah di cikpuanhartanah.com.

100% Percuma untuk Pemilik Rumah

Pemilik rumah tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk tujuan penyenaraian ini.

Diuruskan Ejen Berpengalaman

Cik Puan Hartanah, selaku ejen hartanah berpengalaman akan menguruskan hartanah anda .

Mudah Cari Pembeli / Penyewa

Kami menjalankan pemasaran online untuk menarik pelawat ke website cikpuanhartanah.com.

rebut peluang ini sebelum kami mengenakan yuran

Ikuti langkah mudah untuk senaraikan rumah anda di cikpuanhartanah.com.

Tonton Video

Daftar & Sign In Ke Dalam Akaun

Anda perlu mendaftar sebagai pemilik rumah terlebih dahulu. Selepas itu, anda boleh sign in ke dalam akaun anda menggunakan email dan password yang telah didaftarkan sebelum ini.

1

Klik Butang "Senaraikan Hartanah"

Anda perlu menyediakan maklumat mengenai hartanah anda seperti harga, gambar, video(jika ada), keluasan dan dokumen hartanah (jika perlu).

2

Masukkan Info & Tunggu Pengesahan

Admin akan memeriksa maklumat yang di masukkan dan akan mengesahkan hartanah anda untuk disenaraikan di website cikpuanhartanah.com. *Sila ambil perhatian! Pengunjung yang berminat dengan hartanah anda akan berurusan dengan Cik Puan Hartanah terlebih dahulu, selaku ejen yang menguruskan rumah anda.

3
Senaraikan hartanah saya

Khas Untuk Anda Yang Tidak Pernah Mengenali
Cik Puan Hartanah

Latar belakang Cik Puan Hartanah

Nama saya Zainab Shahril, atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Hartanah. Saya merupakan pengarah di Hartanah Pertiwi, dahulunya dikenali sebagai Razin Iman Resources sebuah syarikat perunding hartanah di Ampang, Selangor. 

Saya pernah memegang jawatan sebagai Chief Executive Officer (CEO) di syarikat Mega Anggun Development Sdn Bhd dari tahun 2019 hingga 2021 dan berjaya mencapai kejayaan  menghabiskan jualan beberapa projek perumahan di bawah pemaju. Dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki, saya telah beberapa kali diberi kepercayaan oleh agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, dan juga beberapa pihak swasta untuk menyampaikan perkongsian mengenai proses pembelian dan pengurusan sesebuah hartanah. 

Selain itu, saya turut bersedia menawarkan konsultansi kepada mana-mana syarikat yang berminat mengguna pakai kepakaran dan perkhidmatan saya. Kepakaran saya dalam membantu ratusan pembeli rumah menguruskan pinjaman daripada awal sehingga lulus telah menarik minat beberapa pihak pemaju untuk bekerjasama menguruskan penjualan unit rumah mereka menerusi Hartanah Pertiwi.

Selaku ketua agensi di Hartanah Pertiwi, saya sering mengadakan lawatan tapak di setiap projek perumahan yang bakal diuruskan oleh agensi kami. Perbincangan secara berkala bersama pihak pemaju sentiasa diadakan untuk memastikan urusan projek perumahan yang diamanahkan kepada kami menjadi lancar.

Alhamdulillah, berkat sokongan klien dan usaha keras semua pihak di bawah Hartanah Pertiwi, kami telah dianugerahkan Million Dollar Agency oleh Koperasi Hartanah Anggun Berhad. Selain itu, saya sendiri turut dianugerahkan Tokoh Akademi Anggun dan Top Producer Agent berkat kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan. Semua ini tidak lain menjadi pemangkin semangat untuk saya terus membantu pembeli memiliki rumah idaman.

Hubungi Saya
Syarikat Saya