khas buat anda yang nak jual & sewakan rumah

Percuma

Cik Puan Hartanah menyediakan medium percuma untuk pemilik rumah menyenaraikan rumah mereka di website ini.

Senaraikan hartanah saya

Promosi ini khas untuk anda yang mengalami 3 masalah yang dinyatakan ini.

Mencari Penyewa &
Pembeli Rumah

Anda memiliki rumah dan ingin segera mencari penyewa & pembeli rumah.

Tidak Mahu Mengeluarkan Kos Pengiklanan

Kebanyakan medium online memerlukan kos untuk anda mengiklankan rumah anda.

Mencari Ejen Untuk Memudahkan Kerja Anda

Anda mencari ejen hartanah yang amanah dan professional dengan rekod yang baik.

Senaraikan hartanah saya

Sekiranya anda mengalami masalah di atas, kami tawarkan solusi untuk anda. 3 Kelebihan jika anda senaraikan rumah di cikpuanhartanah.com.

100% Percuma untuk Pemilik Rumah

Pemilik rumah tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk tujuan penyenaraian ini.

Diuruskan oleh Ejen Berpengalaman

Cik Puan Hartanah, selaku ejen hartanah berpengalaman akan menguruskan hartanah anda dengan professional.

Mudah Cari Pembeli atau Penyewa

Cik Puan Hartanah menjalankan aktiviti pemasaran online untuk menarik pelawat yang berminat dengan hartanah.

rebut peluang ini sebelum kami mengenakan yuran

Ikuti 3 langkah mudah untuk senaraikan rumah anda di cikpuanhartanah.com.

Daftar & Sign In Ke Dalam Akaun

Anda perlu mendaftar sebagai pemilik rumah terlebih dahulu. Selepas itu, anda boleh sign in ke dalam akaun anda menggunakan email dan password yang telah didaftarkan sebelum ini.

1

Klik Butang "Senaraikan Hartanah"

Anda perlu menyediakan maklumat mengenai hartanah anda seperti harga, gambar, video(jika ada), keluasan dan dokumen hartanah (jika perlu).

2

Masukkan Info & Tunggu Pengesahan

Admin akan memeriksa maklumat yang di masukkan dan akan mengesahkan hartanah anda untuk disenaraikan di website cikpuanhartanah.com. *Sila ambil perhatian! Pengunjung yang berminat dengan hartanah anda akan berurusan dengan Cik Puan Hartanah terlebih dahulu, selaku ejen yang menguruskan rumah anda.

3
Senaraikan hartanah saya

Untuk Anda Yang Tidak Pernah Mengenali
Cik Puan Hartanah

Latar belakang Cik Puan Hartanah

Nama saya Zainab Shahril, atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Hartanah. Saya merupakan pengarah di Razin Iman Resources, sebuah syarikat agensi hartanah di Ampang, Selangor.

Saya memulakan kerjaya sebagai seorang ejen hartanah sejak 2017. Alhamdulillah, berkat sokongan dan kepercayaan berterusan dari klien dan rakan-rakan saya, saya telah berjaya membantu hampir 50 orang pembeli rumah untuk memiliki rumah idaman mereka.

Selain itu, saya juga telah beberapa kali diberi kepercayaan oleh agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, dan juga pihak swasta seperti Anggun Resources Sdn. Bhd. untuk menyampaikan perkongsian mengenai proses pembelian dan pengurusan sesebuah hartanah.

Dalam masa yang sama, saya merupakan tenaga pengajar untuk latihan pembangunan ejen hartanah yang baru. Latihan ini bertujuan untuk membantu ejen hartanah yang baru melengkapkan diri dengan ilmu hartanah dan kemahiran komunikasi yang betul. 

Selaku pengarah dan ejen hartanah yang bertanggungjawab di Razin Iman Resources, saya sering mengadakan lawatan tapak di setiap projek perumahan yang bakal diuruskan oleh agensi kami. Perbincangan secara berkala bersama pihak pemaju sentiasa diadakan untuk memastikan kelancaran urusan projek perumahan yang telah diamanahkan kepada kami. Di samping itu, kami turut bersedia menjadi konsultan kepada mana-mana syarikat yang berminat mengguna pakai kepakaran dan perkhidmatan kami.

Alhamdulillah, berkat sokongan klien dan rakan-rakan serta usaha keras semua pihak di bawah Razin Iman Resources, kami telah dianugerahkan Million Dollar Agency oleh Koperasi Hartanah Anggun Berhad. Selain itu, saya sendiri turut dianugerahkan Tokoh Akademi Anggun, Anugerah Graduasi dan Top Producer Agent berkat kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan. Semua ini tidak lain menjadi pemangkin semangat kepada saya untuk terus membantu masyarakat di Malaysia memiliki rumah idaman mereka.

Hubungi Saya
Syarikat Saya