Apabila bercakap tentang insurans perumahan, terdapat 2 jenis produk insurans Takaful yang dapat melindungi anda daripada sebarang kemalangan, kecacatan serius atau kematian.
Dalam artikel ini, kita akan berbicang mengenai perbezaan antara MLTT dan MRTT, dan pada akhir artikel akan disertakan ringkasan perbezaan dalam bentuk jadual untuk memudahakan anda faham.
Jom Baca!
Apa itu MRTT?
MRTT atau nama panjangnya, Mortgage Reducing Term Takaful adalah produk insurans Takaful yang disediakan untuk memberikan sokongan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total permanent disability (TPD) atau kematian.
Perkataan ‘Mortgage Reducing’ membawa maksud jumlah perlindungan yang disediakan oleh MRTT akan berkurangan mengikut jumlah pinjaman perumahan anda yang semakin berkurang.
Sekiranya anda memilih MRTT, pembayaran perlu dibuat sekaligus (lump-sum) pada waktu awal pembelian. Kebiasaannya, sebahagian atau keseluruhan pembayaran MRTT boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan.
Sekiranya berlaku kematian, atau kecacatan kekal kepada anda, MRTT akan digunakan untuk membayar baki pinjaman perumahan anda terus kepada pihak bank atau institusi yang memberikan pinjaman.
Senang kata, anda atau waris tak perlu pening kepala untuk bayar baki pinjaman kerana telah dibayar oleh MRTT.
Anda disarankan untuk mengambil MRTT berdasarkan tempoh pinjaman perumahan anda. Maksudnya, sekiranya tempoh pinjaman perumahan anda 35 tahun, anda disarankan untuk mengambil MRTT untuk 35 tahun juga.
MRTT tidak akan mencapai objektifnya sekiranya anda mengambil insurans yang tidak berpadanan dengan harga rumah anda. Contohnya, harga rumah RM300000 tetapi anda hanya ambil perlindungan insurans sebanyak RM100000.
Sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini dan harga rumah yang dibayar sudah melebihi RM100,000, anda perlu membayar baki pinjaman perumahan menggunakan wang anda sendiri.
Jadi, MRTT seharusnya diambil berdasarkan tempoh pinjaman perumahan anda.
Apa itu MLTT?
MLTT atau nama panjangnya, Mortgage Level Term Takaful adalah produk insurans Takaful yang disediakan untuk memberikan jaminan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total permanent disability (TPD) atau kematian.
Perkataan ‘Mortgage Level’ membawa maksud jumlah perlindungan yang disediakan oleh MLTT akan kekal sepanjang tempoh pelan insurans yang diambil.
Sekiranya anda memilih MLTT, pembayaran perlu dibuat secara ansurans bulanan sepanjang tempoh pinjaman anda.
Sekiranya berlaku kematian, atau kecacatan kekal, MLTT akan digunakan untuk membayar baki pinjaman perumahan anda terus kepada pihak bank atau institusi yang memberikan pinjaman. Baki selebihnya akan diberikan kepada penerima manfaat (beneficiary).
Contohnya, insurans perumahan anda bernilai RM300,000 dan anda telah pon membayar pinjaman perumahan sebanyak Rm200,000, maka RM100,000 akan digunakan untuk membayar baki pinjaman perumahan dan RM200,000 akan dimasukkan ke dalam akaun waris anda.
Oleh sebab itu, MLTT amat sesuai sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ramai. Disebabkan nilai perlindungan yang dibayar dalam MLTT kekal sama, kos keseluruhan premium juga lebih mahal berbanding perlindungan yang disediakan oleh MRTT walaupun untuk tempoh yang sama.
Perbezaan antara MRTT dan MLTT
Insuran Perumahan | MRTT | MLTT |
Cara Bayaran | Bayar Sekali Gus di awal pembelian ( tunai atau dimasukkan dalam pinjaman) | Caruman dibayar secara ansuran bulanan |
Kos Keseluruhan | Lebih Murah berbanding MLTT | Mahal tetapi dibayar secara ansuran bulanan |
Tujuan Polisi | Membiayai Pinjaman Perumahan Sahaja (Menyelesaikan Baki Pinjaman Sekiranya terjadi apa-apa kepada pembeli rumah) | Membiayai Pinjaman Perumahan dan Dapat Baki Duit Tunai Diberi Kepada Waris |
Pindah Milik | Tidak Boleh Dipindah Milik | Boleh Pindah Milik |
Penama | Jumlah Papasan Terus Kepada Bank | Jumlah Papasan Kepada Penama |
Refinance | Insurans Perumahan Akan Terbatal | Boleh Refinance – Tidak Terbatal |