Kenderaan perlukan #CukaiJalan dan insuran untuk berada di atas jalan raya..
Kereta/motor yang di beli akan di daftarkan atas nama pemilik dan selepas kematian ianya menjadi Pusaka dan perlu melalui Proses Pusaka.
Kenderaan si mati memang boleh dijual tetapi perlulah melalui #ProsesPindahMilik kpd nama waris/pemegang amanah terlebih dahulu kerana penjualan hanya berlaku diantara penama dan pembeli yang masih hidup sahaja. Kalau dah mati, macam mana nak datang cap jari di JPJ.
Hanya 5 tahun kereta si mati boleh diperbaharui insuran dan cukai jalan. Itupun cukai jalan hanya dibenarkan untuk diperbaharui 6 bulan sekali untuk 3 tahun pertama sahaja.. Utk pembaharuan cukai jalan bagi tahun ke 4 dan ke 5 haruslah melalui pegawai JPJ dan waris perlu ada bukti ttg kenderaan tersebut sedang dalam proses pusaka/masih dlm urusan dengan pihak pembiaya #bank
Selepas selesai proses pusaka, waris yang berhak/ pemegang amanah bolehlah membawa salinan sijil kematian, dan surat kuasa yang diperoleh selepas Proses Pusaka dibuat. Selain itu, kereta perlu dihantar ke Puspakom manakala Motor tidak perlu pergi #Puspakom. Pihak #JPJ hanya akan membuat pindah nama kepada penama yang tertera di dalam Surat Kuasa dan segala pertikaian tidak akan dilayan.
Untuk kenderaan yang masih bercagar (ada hutang bank), pihak bank hanya benarkan waris untuk membayar bulanan kenderaan tersebut untuk 4 bulan sahaja. Selepas itu #waris yang LAYAK perlu buat loan ambil alih hutang tersebut.. Apa akan jadi kalau semua waris tidak ada kemampuan nak buat loan akibat komitmen bank yang tinggi? -no choice la.., kena buat #ProsesPusaka dan baru boleh jual…
Seeloknya masa sain loan kereta, ambil insuran #autolife.. sekurangnya bila pemilik kenderaan mati, waris tidak perlu membayar baki hutang.
Proses pusaka adalah proses yang WAJIB dilalui untuk mencairkan segala harta si mati. Harta akan terbeku jika waris tak ada masa nak jalankan proses pusaka ataupun waris tak mampu nak dahulukan kos2 yang diperlukan.
Jadi Apa perancangan kita untuk semua harta bagi menghadapi sebuah kematian? Uruskan segera segalanya sementara kita masih hidup.
#CikPuanHartanahDanWasiat kongsikan kerana ramai orang yang terlepas pandang tentang kenderaan, ingatkan #rumah dan #tanah saja jadi #HartaPusaka..