Selepas berlakunya kematian, semua harta yang dimiliki semasa hidup samaada harta alih atau tidak alih akan menjadi harta pusaka dan boleh dituntut oleh semua waris faraid yang berhak.
Antara 3 sebab utama mengapa 90 billion harta umat Islam terbeku ialah..,
1-Berlaku perbalahan keluarga yg berpanjangan,
Ini biasa terjadi apabila ibu bapa hanya membuat pesanan secara cakap mulut sahaja.. Ini menyebabkan adik beradik tidak berpuas hati dan enggan memberikan kerjasama.. Pihak kami hanya boleh menguruskan pentadbiran harta si mati dengan syarat kesemua waris yang berhak haruslah bermuafakat.
2- Proses undang undang yang rumit,
Kebanyakan waris tidak paham dan tidak tahu ke mana nak pegi untuk menguruskan harta pusaka, nak pegi mahkamah syariah ke mahkamah sivil ke? atau pejabat pusaka kecil.. waris nak keluarkan duit si mati, Tabung Haji, ASB, sume perlukan surat kuasa mentadbir, bukannya kita pergi satu tempat je dah settle dan boleh dapat surat kuasa mentadbir…
3- Yuran pengurusan harta pusaka yang membebankan,. Disebabkan waris tak tahu mcmana nak urus dan tak ada masa nak turun naik pejabat, waris biasanya akan lantik pihak profesional untuk menguruskan. Akta Probet dan Pentadbiran 1959 membenarkan caj sehingga 5% dari nilai harta si mati. Kalau rumah harga 300k, waris kena keluarkan fi sebanyak 15k, dan biasanya selepas tu waris akan pandang sesama sendiri dan akhirnya rumah tersebut terbiar sehingga ditumbuhi pokok2..
Untuk perancangan pengurusan harta pusaka, kami menyediakan Produk Al Wasitah dengan fi RM50 sebulan, dan jika berlaku kematian waris tidak perlu membayar.. Alhamdulillah produk ini telah banyak membantu umat Islam dalam menyelesaikan masalah dan sekaligus dapat menahan pertambahan harta terbeku di Malaysia.
Jika berminat boleh hubungi saya, Puan Zai untuk keterangan lanjut..